Tahukah anda bahawa Malaysia adalah salah sebuah negara yang mendominasi perniagaan berteraskan
Multi Level Marketing (MLM)? Ada yang menyebut atau mengenainya sebagai
Network Marketing.
Carta diambil daripada :
http://www.bestmlm.com.my/
Jika di Indonesia, MLM adalah merupakan satu skim piramid atau skim cepat kaya. Justeru, penggunaan nama Network Marketing lebih diterima ramai. Namun di Malaysia, MLM diterima dengan meluas. Oleh yang demikian ada pihak telah mengambil kesempatan menjalankan perniagaan @ pelaburan atas nama MLM.
Anda tentu biasa mendengar:-
Tak perlu cari orang...
Tak perlu modal...
Tak perlu susah payah... dan seumpamanya;
<<< KEBANYAKKANNYA TAK MASUK AKAL DAN TAK RELEVEN >>>
...dalam erti kata lain istilah
5D ( Duduk Diam-Diam Dapat Duit ) sentiasa menjadi "keyword" agar perniagaan yang dicanangkan itu nampaknya mudah dan menarik. Apakan daya, kebanyakkan rakyat Malaysia sememangnya suka bersenang lenang dan berangan-angan, walaupun telah tertipu banyak kali terutamanya orang Melayu! Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak tertentu bagi menjalankan kegiatan mereka atas nama MLM.
Bila sudah ramai yang terkena, maka busuk dan buruklah reputasi perniagaan yang berteraskan MLM ini. Situasi inilah yang wajib dan mesti diperbetulkan! Ini kerana ada syarikat yang benar-benar mejalankan perniagaan MLM secara sah dan telah melahirkan ramai usahawan-usahawan berjaya sehingga bertaraf Jutawan.
Sebagai rakyat Malaysia, saya menyeru kepada semua, sama-samalah kita tanggungjawab dan menjaga nama baik perniagaan kita kerana saya percaya, hanya perniagaan MLM yang sebenar dan tulen sahaja mampu bertahan lama dan berjaya.
Untuk pengetahuan anda,
Hai-O Marketing adalah syarikat yang menjalankan perniagaan Network Marketing @ Multi Level Marketing yang terbaik Malaysia (MLM).
Hai-O Marketing = Hai-O Perjuanganku